Nikmat hidup yang teragung

Tanpa kita sedari, kita sebenarnya mempunyai talian dengan satu-satunya Zat Yang Maha Kaya, Yang Maha Memiliki Segalanya. Isunya, sejauh mana kualiti talian ini? Sepanjang perjalanan hidup, cubalah bina sebentuk hubungan yang paling istimewa dengan Allah, yang tiada siapa yang tahu mengenainya melainkan anda dan Dia. Esklusif bukan? Saya bawakan sebuah kisah.
*
Selama 4 tahun saya berkelana di bumi Mesir ini, saya belum pernah lagi dapat merasa suasana Ramadhannya, melainkan hanya sehari. Apa yang dibayangkan pada saya, Ramadhan di sini sangat berlainan; lebih ‘hidup’ dan lebih seronok. Setiap tahun, akan ada sahaja kawan-kawan saya yang akan ‘memancing’ supaya saya tidak pulang ke Malaysia dan merasai Ramadhan bersama mereka. Mereka akan membayangkan sebuah Ramadhan yang betul-betul hangat dengan pertandingan merebut tempat disisi Allah.

Lalu apa agaknya yang terjadi pada satu hari Ramadhan yang dapat saya rasakan itu?

Bermula maghrib dan solat tarawih pertama, hati saya tak dapat berhenti dari berlompat-lompat kegirangan. Saya tak berhenti tersenyum. Malah, hampir sepanjang hari berpuasa, saya bagaikan seorang anak kecil yang dihadiahkan sesuatu yang sudah lama diidamkan; sangat-sangat teruja! Sangat!
Apa sebenarnya yang berlegar dalam fikiran saya ketika itu?

Saya merasakan bahawa setiap detik dan saat yang berlalu, ada suasana ajaib dan ‘magic’ di udara Mesir. Seakan-akan, setiap apa yang saya minta dan doakan; pling! ,akan muncul di depan mata. Bahkan, kalaulah saya minta sesuatu yang tidak masuk akal pun; Allah itu Ada, Dia dengar, dan Dia akan kabulkan! 😀

Apabila hari berlalu, saya terfikir semula cebisan kenangan tersebut. Itu rupanya adalah satu hubungan yang sepatutnya saya rasakan sepanjang detik dalam hidup saya.

Advertisements

teguran- berkadar langsung dari Dia

Balik dari sebuah kedai serbaneka, sambil menjinjing beberapa beg plastik berisi makanan barang keperluan.

Musim peperiksaan selalu begini; mahukan sumber tenaga, tanpa mahu berganjak langsung dari meja belajar. Jadi perlu ada bekalan-bekalan makanan yang mudah dan laju. (jangan tiru!)

Berjalan melepasi sepasang pakcik dan makcik tua yang sedang duduk-duduk. Pasangan suami isteri kira saya. Tanpa menoleh, saya terus berjalan laju agar cepat sampai ke rumah. Setelah beberapa meter melepasi mereka, tiba-tiba saya dipanggil. “Pssssss!”(Oh, ini memang cara memanggil orang dikalangan masyarakat setempat. Mudah dan jimat suara kan? 😉 )

Saya menoleh. Pakcik melambai-lambai tangannya gaya ‘ke sini lah’

“Ada apa-apa untuk aku tak?” sambil kedua-duanya tersenyum mesra.

((“Eh! Aku tak kenal pun pakcik ni. Tak pernah nampak pun. Macam mana ni? Nak bagi apa ni?”))

“Tiada lah. Maaf!” sambil senyum menahan malu, dan terus berlalu.

*

Bersediakah aku untuk infak dan mengorbankan; pada bila-bila masa? Terhadap siapa-siapa saja? Dalam mana-mana keadaan pun; senang atau susah? Dengan apa-apa pun, bahkan sesuatu yang sangat aku sayangi?

Bersediakah aku untuk sepantas kilat menghadirkan niat infak itu, dengan sepantas kilat?

Memang teguran, direct dari Allah.

p/s: perasan tak ayat ‘..musim peperiksaan selalu begini..’ di perenggan kedua di atas?
Betul, tolong do’akan ya! 🙂

she was not me anymore

She almost told mak of what she felt, when she heard abah’s voice across the room. Then, the conversation just went on as usual; mak asked about her being and studies, and she answered typically.

The video call were passed to abah. She did try to complain, but abah said that she just had to do better.

ok abah, i get it. i’ll try. She smiled sheepishly, as always.

*

The day before, she went to take history from a patient with her group-mates. The arabic-speaking sa’udi girl was the translator.

The old, female patient had just been admitted to the nephrology ward the previous day, when the patient said that she had only felt ‘dizzy’. Then, the patient started denying; basically to anything. The patient denied having any disease before, the patient denied being admitted anywhere before, and no doctor had done no investigation what-so-ever to the patient before.

She immediately felt something weird.

Yes, of course the patient wouldn’t co operate.  Talking of the patient amongst themselves in language the patient didn’t understand, the facial mimics, the i-want-to-obtain-the-right-diagnosis effort in stressed impressions..

She felt that this is wrong, and i’m not doing this. She used the universal language -smile-, but it didn’t quite made the difference, as the pale patient might have some chronic disease or pain occluding her mind.

The group continued obtaining nothing. At the end, the supervising doctor told that it was an Egyptian thing.

“yes, sometimes they won’t co operate with you because they didn’t think superior of you students. If you told them that you were going to convey the input afterwards to the doctor, then would they co operate.”

She found out later that the patient was actually transferred from another hospital. The patient had a chronic renal disease, and the patient’s neck had just been ‘punctured’ for haemodialysis.

Trusts are to be earned, she thought..

She felt down through the rest of the day and decided to told mak that she thinks this medic world doesn’t suit her.. she thought more about the atmosphere any medical student would someday experience; the stressed faces, the shouting and scolding superiors, the tense and unfriendly colleagues and staffs..

*

She went to the Urology outpatient hospital today.

Doctor Husseini was supervising their clinical round that day. She and her group-mates sat in his outpatient office, jotting down notes on every patient he was seeing.

Doctor  Husseini had put on a smiling face since the first patient came in. He greeted every male patient as if they were his old schoolmate. He gave warm comments on a female-patient’s shawl. He asked patient’s complaints with some additional jokes here and there, as if to assure the patient that nothing had to be worried.

Smile is infectious, he said to the tense-and-focused group of students.

Dealing with patient is an art.

Think; read in between lines.

You must learn additional languages. As for me, i can speak French.

*

On her way back, she smiled.

She thinks; she can do this,mak! 🙂

subjek dan predikat

subjek: ‘umar ‘abdul ‘aziz (6)

dalam masa2 menunggu mak menghabiskan shift di klinik sehingga jam 4 itu, ‘umar akan mencapai kertas2 A4 kosong untuk diconteng.

 

saya: ‘umar, awak tau x kertas ni buat daripada apa?

‘umar: emm..xtau..

saya: awak tau x macamana nak lukis pokok?cuba lukis pokok..

‘umar: haa! saya tau! (mula melukis..tapi x macam pokok…xpelah)

saya: haa..yang ni (daun) warna apa? hijau kan? yang ni (batang), coklat kan? orang buat kertas tu, nanti dia amik yang warna coklat ni, pastu dia potong sampai jatuh (tebang). pastu dia masuk mesen, sampai jadik kertas!

‘umar: ooo…

saya: haa..pastu, kalau awak guna kertas banyak2, nanti orang potong la yang warna coklat ni banyak2..pastu nanti kat hutan,semua pokok kena potong. kalau dah xde pokok..tupai nak duduk mana? pastu nanti zirafah ngan gajah pun xde home dah..zebra pun…

‘umar: ooo…saya dah tau! nanti dia guna mesen, potong pokok besar! nanti dia bakar guna api….kan?

saya: aah…..pastu, yang hijau(daun) ni dia guna untuk ape pulak ?

‘umar: saya tau! orang buat makan..macam dalam sup tu..macam pokok tu…(pokok merujuk pada sayur2 yang perlu dia makan…)

 

dan hingga kini, semakin mudah mengingatkan ‘umar bila dia menggunakan kertas sesuka hati..

***

di padang permainan. setelah 2-3 pusingan naik turun papan gelongsor, ‘umar mendekati tempat duduk saya.

tiba2, dia menghisap ibu jari kanannya(mengajuk abangnya mungkin..)

 

saya: eee!kotorla ‘umar!

‘umar: (buat x kesah)

saya: eee…awak tau x ape kat jari tu?cuba tengok.

‘umar: (mula risau dan mengeluarkan jari) ape?!

saya: eee…awak tau x, kat benda2 kotor ni, ada banyaaakk sangat ulat!(bakteria :P). ada ulat pendek, panjang, bulat, empat segi ngan tiga segi!

‘umar: mane?!xde pun!

saya: memang la x nampak. dia kecik je.

‘umar: buwekk! buwek!

saya: haa..cepat minum air tu. nanti awak telan ulat tu masuk dalam perut. nanti kat dalam perut ada asid, boleh bunuh ulat tu. tau x asid tu ape?

‘umar: (minum banyak2) ..xtau..

saya: alaa..asid la..(xtau nak terangkan).dia boleh bunuh ulat..

‘umar: ooo..(diam sambil minum air)

saya: dahla. pegila main balik.

‘umar: kejap la. saya nak habiskan asid saya..

saya: (eh? macam salah je..)

 

tapi sehingga kini, setiap kali saya menyergahnya bila dia makan sesuatu yang kotor atau makanan yang sudah lama, dia akan cepat2 membuangnya dari mulut dan akan terus mencari air 🙂

***

subjek: muhammad dzoriff al-faruq (8)

di rumah, sedang makan di meja makan~

 

abang: eh! nape awak tukar tempat? x payah tukar tempat, duduk balik tempat tadi!

dzoriff: but,why?

abang: xde..duduk je balik tempat tadi. it’s not good you know. nanti awak ada dua isteri.

dzoriff: dua isteri? so, the chair represents the wife?

saya: (ahaha!adoi..)

 

#end#

sebenarnya, kadang2 lebih mudah untuk mencipta logik untuk mengajar anak2 kecil berkenaan perkara2 yang zahir (batang pokok diproses menjadi kertas, bakteria,dsb). malah, televisyen yang ditonton pun memberi sumbangan memudahkan bicara.

walaubagaimanapun, ilmu yang lebih crucial untuk diajarkan kebanyakannya bersifat ghaib (kewujudan malaikat, kehidupan para rasul yang telah wafat,dsb). dan media pun memang tak berapa boleh diharap untuk membantu. walhal minda anak kecil selalunya senang menyerap ilmu2 yang mudah dan logik.

bagi saya, ini merupakan salah satu cabaran yang lebih patut ‘disungguh2kan’ oleh para akhawat (terutamanya)

dan Allah lah Pemilik Segala Ilmu 🙂

p/s: kisah terakhir itu hanya selingan..kalau kelakar, ia adalah jenaka selingan 😀 ~cerita dzoriff ada banyak, dan x kurang menariknya.

buat warga dar-ulul-albaab

hidup ini bukan semata2 satu ekspedisi mencari jawapan. hidup ini akan lebih menguntungkan akhirat apabila ia jadi satu ekspedisi tarbiyyah.

::soalan::

mari kita cuba untuk duduk diam sejenak. ambil masa, tarik nafas dan berkhayallah sebentar. supaya x jauh tersasar, apa kata cuba jawab sahaja soalan2 ini..

apakah bayangan anda tentang diri sendiri pada 6-7 tahun akan datang? mana satu muncul dulu; kerjaya dan kewangan? keluarga dan anak2? atau sisi agama dan dakwah anda?

apa sebenarnya yang ingin anda hasilkan dari hidup yang peluangnya hanya sekali seumur hidup ini?

tiap minit akan terus maju kehadapan.usia akan semakin bertambah. jawapan pada persoalan ini sudah sepatutnya anda bentuk.

menyedari realiti bahawa hidup ini adalah once in a lifetime opportunity, dan juga realiti bahawa ia merupakan ladang untuk Hari Yang Lebih Kekal nanti…saya percaya, dari satu sudut yang paling dalam sebenarnya, setiap orang akan memilih untuk semakin berjaya dari segi keagamaan, kefahaman islam dan dakwah. tiada lagi, selain amal yang mampu bawa kebaikan pada kita.

::al kisah::

ada sekelompok-unik dari kita semua, menjalani hidup mereka dengan langkah yang sangat berhati2. kalau boleh, setiap satu langkah akan diuji buruk baiknya dahulu. kalau boleh, mahukan setiap inci langkahnya suci dari sebarang kekeliruan. semuanya jelas; tiada duri tajam, tiada lencongan merbahaya~barulah akan melangkah.

juga dalam konsepnya untuk beramal. mereka sangat cintakan islam dan kebaikan, tapi sampai masanya,amal mereka tersekat. x cukup tangan. muncullah had yang menggesa mereka untuk menggabungkan diri dalam kelompok islam.

::penggabungan::

masih sama. kalau boleh, mereka cuba untuk mengorek sedasarnya supaya berjumpa kelompok yang paling suci. agar nanti setelah menggabung tenaga, kerahan keringat mereka x akan sia2, agar mereka x tersalah saluran, agar semuanya jelas dan faham. jadi, mulalah ekspedisi~ satu persatu persatu persoalan2 diusahakan jawapannya.

bahkan, al ustadz imam al banna juga telah menggariskan ciri FAHAM sebagai rukun baiah yang paling awal. faham dahulu, baru ikhlas. setelah boleh ikhlas, baru amal.(boleh rujuk dalam buku Himpunan Risalah Hasan Al Banna, bawah tajuk Risalah Taalim)

::lontaran peribadi::

buat yang ingin menerima pendapat saya, saya katakan~ persoalan2 terlalu banyak. itulah hikmahnya manusia ini diciptakan Allah buatnya akal berfikir.

buat persoalan2 ini, mencari jawapan dengan ungkapan, kata2 dan pembacaan tidak akan mampu membina faham anda. info2 dan fakta2 tidak akan mampu membina faham anda. bahkan, menyusun dan melengkapkan puzzle2 hidup ini tidak wajar menjadi agenda utama hidup anda.

izinkan diri anda untuk ditarbiyyah(kata arab; tarbiyyah=didik). ruangkan masa depan dan matlamat hidup anda untuk ditarbiyyah. dari sisi saya, tarbiyyah bukanlah semata mendengar dan menerima kata2 berbentuk agama, tapi merupakan penyerahan diri, peribadi, hati, perasaan, minda dan masa depan untuk dicanai dan dibentuk.

tarbiyyah perasaan hingga muncul perasaan cinta Allah dan rasulNya.

tarbiyyah hati supaya bersabar dengan lemparan2 cacian manusia.

tarbiyyah peribadi hingga terbiasa dengan sifat rajin membantu dan memberi, bukan asyik meminta.

tarbiyyah hati supaya tidak terus jatuh dan enggan bangkit bila menghadapi ujian.

tarbiyyah minda supaya amalan menimba setiap cedok ilmu itu hanya kerana Allah.

tarbiyyah hati supaya berkobar2 untuk jadi agen penyebar dakwah pada orang lain.

katakanlah; hampir separuh dari umur hidup kita dihabiskan semata2 untuk pencarian dan mengorek2 jawapan, cukupkah separuh sahaja lagi untuk proses tarbiyyah? malah, siapa sahaja kah yang boleh menjanjikan kita mampu meneruskan hidup pada separuh kedua itu?

saya pernah berada dalam kelompok yang unik ini..dan melihat rentetan hidup saya ke belakang, -faham ini- bukan kerana info2 yang saya korek2 dan kumpul, mahupun info2 yang disumbat pada saya itu. bahkan, perjalanan tarbiyyah itu yang banyak men’cipta’ saya.

kerana itu saya menyeru pada yang masih mancari2, jangan terlalu banyak mengorbankan masa pada pencarian. gabungkan diri pada mana2 kumpulan islam yang zahir pada mata anda, boleh menyatu dengan matlamat anda. semoga anda bersetuju dengan saya bila saya katakan, tiada satu pun kelompok islam yang tidak menerima imbuhan pahala dari Allah (sila tolak kelompok2 yang memang bawa ajaran sesat itu!).

lihat dan perhatikanlah zahirnya, mana satu kelompok yang paling anda rasakan boleh mengerah semaksimum tenaga anda untuk dikorbankan. mana satu yang paling boleh membawa anda dekat dengan objektif kehidupan-islami anda.

seorang ustadz saya pernah berkata “serahkan kesetiaan kamu untuk jemaah yang pertama sekali merasakan tarbiyyah pada kamu,”

::mereka yang sudahpun::

dan kerana itu saya menyeru, buat yang telahpun menggabungkan diri, bersabarlah. ikuti tarbiyyah ini dengan kesabaran. kerana mendidik diri untuk bersabar itu juga satu medikasi tarbiyyah.

bersabarlah dengan kekeliruan. bersabarlah dengan kekurangan. bersabarlah dengan satu persatu persatu urutan2 tarbiyyah. bersabarlah dengan kethiqohan anda pada mas’ulah. bersabarlah dengan wajibat2 yang akan mentarbiyyah anda itu. bersabarlah dengan kesabaran.

p/s: memang x sah la musim study leave ni kalau x keluar satu post…haish -_-‘

loudspeaker-outspoken-?

1. saya mengaku; belum lagi terlalu lama hidup dan banyak pengalaman untuk sedia mengatakan yang saya tahu lebih banyak, faham lebih tinggi, mahupun mampu berfikir tentang yang belum pernah difikirkan oleh anda2 yang terhormat

2. saya juga bukanlah masih terlalu muda, kurang kecukupan matang, sedikit daya berfikir; untuk dapat melihat dan memikirkan bahawa~ ‘alam dakwah yang sebelum ini saya lihat dengan penuh kesempurnaan dengan tiada cacat cela~ ternyata pemandangan2 itu diconteng dan terjejas dengan percikan2 kotor seperti berkata buruk tentang saudara seislam, seakan saling menjatuhkan, merendah2kan…

# belum menjumpai jalan yang lebih baik untuk menghadapi suasana di mana nama dan huruf2 perkataan yang keluar dari mulut saya di transformasi dan dimutasikan..semakin jauh ia dinaqal dari mulut ke mulut, semakin hodoh ia dimutasi..produk mutasi, kalau nama lainnya, fitnah………~ mungkin saya lebih perlu berdiam dan mengerapkan monolog sahaja… (benar, blog kan ada! 🙂 )#

# ‘bukan berpecah kerana berbeza pendapat, tapi berpecah dengan perpecahan hati’. (saya quote dari sebuah blog milik seorang ustaz…lama ide ini berlegar dalam hati saya yang murung~baru kini berjumpa ayat yang menzahirkan dan menyetujui saya) #

p/s: tinggal 12 minit untuk menghadam-lumatkan tajuk neoplasia ini! imtihan-exam semakin mendekat. pohon do’a dan kebersamaan semua 🙂

Mutmainnah in Wonderland

dalam diam duduknya di kerusi itu

Mutmainnah berfikir

sambil duduk di dalam kekangan dan jagaan yang selesa itu

sambil menggenggam erat sebatang pen dan buku conteng yang separuh terbuka

Mutmainnah berfikir

sambil mengintai jalanan basah dari jendela

sambil memerhati tajam, jauh dari sudut, tanpa sedikit menampilkan diri

sambil jiwanya meleretkan pandangan atas helaian2 akhbar berita

jauh Mutmainnah berfikir

 

mengapa tidak seluruh manusia sejagat ini berhati mulia?

kenapa ada mereka yang perlu dizalimi dan dirasakan sengsara?

bukankah putih itu mewarnai jiwa semua manusia?

benarkah kebaikan itu,keadilan itu, ada ketika dan masa?

 

tanpa sedar, semakin jauh Mutmainnah berfikir

tanpa sedar, semakin mendasar Mutmainnah ditenggelami dan menenggelamkan diri

tanpa sedar, hati Mutmainnah memberontak tak menerima

tak mahu menerima hakikat di sebalik jendela

hakikat dunia yang berjisim nyata

Mutmainnah acapkali menerpa marah, masam mencuka atas kesalahan2 dunia

 

“aku akan ubah semuanya!akulah!”

 

masa tiba untuk mula Mutmainnah melangkah

Mutmainnah akan melangkah jauh, jauh ke luar

Mutmainnah bukan lagi di dalam, disebalik jendela

sorotan matanya, mainan jiwanya bukan lagi dalam kekangan dan jagaan yang sama

perahan ideanya, tumpu fikirnya bukan lagi di sudut serupa

mata mula terbeliak

suara mula tersekat

diri terpaku

kerongkong mula tersedak

 

berganti hari dengan hari

Mutmainnah semakin terus menghari-hari kan hidupnya

asimilasi dengan manusia; ragam dan bicara mereka

Mutmainnah menghadap buruk dan busuk dunia

dengan salah2 mereka, juga salah2 dirinya

 

berganti hari dengan hari

Mutmainnah masih dengan sukanya berfikir

dan, Mutmainnah beransur semakin menerima

bahawa

dunia lengkap penuh keindahan

hanya mainan mindanya

hanya semata ciptaannya ketika berada di sebalik jendela

tak semudah laungan azam yang pernah terbakar membara

bahawa rupanya

inilah yang sebenar-benar, yang namanya dunia!

 

Nurul ‘Iffah

Mansurah

 

p/s: post ni macam sesuai pula dengan tajuk~ ‘katak yang baru diangkat tempurung kelapa dari atasnya’..  -_-‘

p/s: saya tahu saya mengaku~ ‘Mutmainnah’ ini perlu lebih banyak belajar~