ulul albaab



ya! inilah pilihan saya!!

saya selalu rimas dengan pengulangan.

saya rimas bila berulangnya kesalahan lama yang sama dan sebijik itu.saya rimas bila berulangkali terlupa perkara yang sering perlu diingatkan semula itu.saya rimas dengan pengulangan persoalan2 sama yang membawa pertikaian itu..yang jawapannya ada,tapi ramai yang di’buta’kan darinya itu.

dan akhir sekali,saya rimas bila saya rimas.

.

persoalannya sama. diulang dengan hujah yang sama. membantai dengan panahan yang sama. jawapan dan balasan yang diterima, memang sudah al maklum akan sama. kesan yang muncul nanti akhirnya, adalah kerana kelainan dan persamaan yang sama.

.

ayat2 terbelit2 ini kesimpulan awal saya berkenaan suasana sekeliling. suasana ini tidaklah terlalu membelit saya, tapi ia sedikit sebanyak merimaskan juga. saya masih lagi boleh berlari, tapi ada kalanya ia membuatkan saya memperlahankan langkah sebentar dan berfikir. berfikir, bukan menghentikan langkahan saya~jauh sekali membawa saya pada jalan ‘U-turn’ itu, bahkan supaya saya boleh berlari dengan daya pecutan yang lebih selepasnya.

.

ya! saya sudahpun punya pilihan. pilihan ini ; anda tiada hak untuk meremeh,mempertikai dan mempersoalkannya, jauh sekali mengejek dan memburukkannya.anda hanya punya kuasa untuk bermain dengan fikiran sendiri jauh2, dan paling kurang pun~menghormati pilihan saya.

inilah medan pertempuran pilihan saya~medan yang telah saya letakkan wala’ untuk menyusun sumbangan tenaga saya ke arah matlamat yang dituju.

saya mahu bertempur. ini jalan pilihan saya untuk bergerak.yang perlu anda bimbangkan bukanlah saya~silakan bermula untuk kerap bertanya pada diri sendiri~otot anda yang mana satukah yang telahpun aktif digerakkan?

dan

sila jangan kacau tahap kerimasan saya lagi.

.

p/s: bagi pihak post ini, saya minta maaf atas 3 perkara;

satu.bahasanya, yang sesetengah mungkin akan menganggap ia bersifat provokasi, atau apa2 sifat negatif lain yang anda sangkakan..

dua.bahasanya, yang mungkin x dapat difahami dan dilihat dengan mata kasar oleh sesetengah anda..

tiga.bahasanya juga, yang mungkin tersalah dan tersilap tempat..

p/s: bagi yang merasakan perlunya pertukaran idea 2 hala di sini~ ruangan comment saya sentiasa mengalu2kan anda..

(ini mode skemarimas..hihi~)



Comments

  1. ira says:

    Allah ma3k :)

    Posted 1 month, 3 weeks ago
  2. tahapan terakhir

    Posted 1 month, 2 weeks ago


Leave a Comment

(required)

(required)



Formatting your comment
Back to Top | Textarea: Larger | Smaller