ulul albaab


-mute.pics tells it all-

for some reason and another, i’ve had times that i really despised having my picture taken~let alone being uploaded afterward somewhere where anyone can have access to the pictures.

and

also for some reason and another, i really loved being in contact with nature. i enjoyed being captivated by the most divine beauty in life and thus, i’ll eventually end up deeply drowned in my own thoughts of the ’secret messages’ He wants to be conveyed beyond His arts and creations.

time went by

i learnt that some way or another,there can be a connection between most of things in my life.

which is to say~actually,to this day, i still prefer pictures with no apparent faces and expressions in it,despite the fact that i still have my own valuable piece of ‘family and friends photo album’

yes, i know that quality counts a great deal..but then, i’m no pro nor i’m quite into photographing (oh, and these are only from my express music 2.0 megapixels :p)

~its just a matter of sharing

***

you can now stop trying to figure out where i’ve been in taking those pictures..

..and start praying the best for me!

i should stop uploading.

or maybe i should stop blogging too?

>bittaufiq wannagah too all<


-ter-ingin-

aduh..

dalam banyak2 perkara, ada satu yang saya sangat5 teringin

~solat berjemaah kat masjid, pada waktu solat jahr (subuh,maghrib,isya’)

: di tempat saya,akhawat x elok keluar pada waktu2 gelap (approximately after maghrib til’ before subuh)

: nak buat ‘kerja jahat’ pula (jahat ke?) a.k.a keluar je~x ada geng..

aduh..


new found formula for stress-releasing

” ‘iffah, nt kena bentang buku untuk minggu depan yea,”

“buku yang mana,kak?”

“buku biasa yang kita selalu guna tu lah..”

“buku arab tu?!”

“ha’a..” (senyum)

“oo.ok..insyaAllah” (sengih)

***

oo. kos medic pun kena rupanya. memanglah~x rasa ‘zouk’ lah kalau x baca buku arab bila dah duduk mesir ni, tapi ingatkan, ada alat-bantuan-menterjemah untuk akhawat medic. mana taknya, kami bergelumang dengan bahasa inggeris semata..al-lughatul ‘arabiyyah al-ittisoliyyah tu dah x tau letak kat bahagian mana dalam otak ini. yang ada melekat cuma bahasa2 ‘ammi~itupun sekadar bekalan cukup2 makan nak cakap dengan ‘ammu teksi dan ‘ammurah2 pasar :)

tapi tak apalah.kena naikkan juhud.cuba juga. kalau x dapat, bukannya kena marah pun..sikit2 haza,hazihi tu boleh lagi..

selak2 sikit helaian pertama tu…FUHH! (alamak!boleh ke ni?)

***

ok.homework medic dah siap.

duduk depan meja bulat.

bersila kemas2.

tarik nafas dalam2.

selak muka pertama……..

***

selepas minit yang kelima,saya dah mula senyum.masuk minit ke tujuh setengah, makin lebar senyuman saya. hampir2 nak ke minit kesepuluh,saya dah mula hidupkan enjin ketawa,sebab panjang senyuman saya dah maksima. (alhamdulillah saya bilik sendiri. kalau x,mesti akan ada yang risau)

subhanAllah~seronok!!!!!

***

pernah ingat x kisah2 di sekolah dulu? di zaman PDI? yang memerlukan kita menghafal buta buku2 berbahasa arab penuh itu?

satu zaman itu saya belajar ‘aqidah.dengan muallimah rosita rejab.kami perlu menghafal syarhul ijmaliy,syarhul kalimat,al-munaqasyat,dsb(penat saya perah otak untuk ingat semula perkataan2 ini!) .semua orang akan berusaha kuat2 untuk menghafal (hingga nampak macam musim peperiksaan :) )~sebabnya, muallimah rosita sentiasa ada caranya yang kreatif untuk memastikan hafalan kami…baik pada caranya menyemak kerja2, mahupun pada caranya menDENDA~~

satu lagi zaman itu saya belajar tarikh islami. dengan mualimah siti umi kalsom. muallimah juga punya cara tersendiri dalam mengajar kami. yang jadi tuahnya buat saya, saya antara pelajar yang sering dapat menjawab soalan2 muallimah~rahsia: saya guna buku lama lunyai yang tinggi harganya itu!. buku2 abang2 saya, selalunya akan siap tertulis makna2 perkataan arab itu..tidak hairanlah kalau saya pernah berjaya mendapat sekeping pelekat yang menjadi rebutan kawan2 sekelas~dari muallimah, dek kerana saya berjaya menjawab satu soalan…

zaman yang lain itu saya belajar akhlaq. dengan muallimah elyah. saya sangat x boleh lupa, bila kami semua akan menulis hampir setiap minit masa pembelajaran akhlaq itu. seakan2, kami menadah setiap satu2 makna perkataan arab yang muallimah gugurkan.kalau tercicir,ketinggalan.bila ingat2 semula, macam mengajar budak2 kecil pun ada…satu2 perkataan…dan kalau ada bahagian yang kosong~tidak berbaris dan tiada makna perkataan di atasnya, bermakna itu adalah ‘tempoh hijrah-saya-ke-dunia-lain’..hehe..

***

selepas2 itu..

setiap kali saya bertemu muka dengan ayat berbahasa arab, saya sentiasa teruja untuk mencari maknanya. bagi saya, tiada bahasa yang lebih indah.tiada bahasa yang lebih tersusun.tiada bahasa yang lebih mampu untuk mengesan pada hati.tiada bahasa yang lebih sedap dimulut, ditelinga dan dijiwa.tiada bahasa yang lebih mampu diterjemahkan ke bahasa realiti

saya akan teruja dan bersemangat bila ada quote2 arab yang boleh saya hafal dan tulis.~hammuka ‘ala qadari ma ahammuk~ la ardhan tahudduhu,wala ‘azaban turhibuhu~islah nafsak wad’u ghairak~aqim daulatal islam fi nufusikum, taqum fi ardhikum~ditambah lagi dengan hadis2 yang sangat2 bagaikan permata itu…

ia seakan2 sering bersifat pendek tapi penuh makna.padat serta berpijak di atas bumi nyata.seakan2 bersifat mudah dihafal dan mudah masuk menusuk hati..selalu saya guna buat ‘ubat jiwa’..

***

masuk pula tempoh 2-tahun-keemasan itu.zaman saya diberi peluang menghidupkan hidup saya dengan al-qur’an. bagi saya, tiada tempoh yang lebih melonjakkan tinggi kecintaan saya terhadap bahasa arab ini~melainkan tempoh hidup di ma’ahad itu.

saya kira, perasaan dan ‘zouk’ di tempoh ini x akan mampu untuk saya luahkan, walaupun saya sangat3 ingin jika ia bisa dikongsikan..

saya hanya mampu sarankan pada semua…cubalah untuk cari peluang merasainya…

***

**

*

saya semakin keliru sebenarnya. benarkah saya punya kecenderungan yang lebih tinggi dalam bahagian agama dan bahasa arab~berbanding ilmu perubatan?

kalau mampu untuk dipercayai, saya pernah memasang niat pun untuk mengambil jurusan bahasa arab~yang akhirnya ‘x lepas’ bila discan semasa sesi istisyar dengan mas’ulah dan akhawat..

((memang ibu itu bagaikan tahu semuanya..pesanan utama mak di saat saya suarakan persetujuan untuk mengambil kos perubatan ini~”asalkan di mesir,ya abah!”..mak kata “mak takut, awak sampai2 sana je awak tukar course!”))

apa2pun~insyaAllah! saya akan masih berpasak di medan ubat-mengubati ini..

 

p/s: maaf, post yang berjela2 lagi!.

aim saya sebenarnya adalah supaya masing2 kita tak berpakat2 untuk terus menarik muka bila berhadapan dengan bahasa al-qur’an ini dimana2..baik di sekolah menengah, dewan kuliah, duduk berusrah, dan sebagainya

oh ya! lagi satu~supaya ramai yang menaik keterujaan untuk bersama-sama dengan saya di mesir dan baca buku arab dengan saya!

 

p/s2: di akhirnya, saya x mampu melelapkan mata dek rasa ingin berkongsi yang membuak2.sambil berbaring, saya mula menaipkan coretan2 kata di notes pada telefon bimbit.agaknya kerana terlalu laju dan banyak input, tiba2 saja telefon saya mati di saat muntahan idea saya belum lagi selesai.

dengan penuh rasa x puas hati, hati saya berbunyi spontan ((huh! memang terbukti yang otak manusia ni bergerak lebih laju dan canggih dari handphone!))

serta merta telefon bimbit saya hidup semula! :)

 

p/s3: satu lagi..jangan mentafsir dulu! post ini sudah lama berada dalam draf sebenarnya, bukannya saya baru sahaja disuakan buku bahasa arab ya!

 

p/s4: lupa~hubungkait dengan tajuk? anybody care to guess?


maaf,saya duduk-sejenak

saya tahu balasan ini memang setimpal,malah, Allah sudah terlalu Maha Pengasih.

saya tahu saya sangat2 perlu bersabar,perlu tambahkan lagi sebanyak2nya kesabaran dari yang sudah diusahakan ini.

saya tahu semua ini hikmah dan natijahnya punya harga yang sangat tinggi. yang saya x pasti, adakah saya akan masih diberi rezeki untuk peroleh semua itu.

saya tahu saya adalah terlalu ‘mudah pecah’ kalau saya menangis. cuma kesedihan ini bagai terlalu memberat.

saya tahu saya kehilangan semuanya, bahkan kerugian yang x dapat dibayang akan saya terima andaikata saya ambil keputusan untuk hentikan langkah dan mengalah.

saya tahu-yang bertuah, yang disayangi, yang terpilih saja yang akan Dia uji.saya juga tahu saya sebenarnya jauh terlalu hina untuk peroleh darjat sebegitu.

saya tahu saya selalu saja ada Dia.untuk segala2nya.untuk bergantung sepenuhnya.untuk mengadu semuanya.

saya tahu yang sebenarnya saya tak perlukan apa2 pun selain Dia untuk hidup yang betul2 ‘hidup’.

*

saya tahu sebenarnya post ini seakan2 x relevan.saya bukannya ingin memancing kata2 simpati dari sesiapa. bukan juga berniat untuk menjadikan ini medan mengaduh untung nasib,kesedihan dan rasa hati saya.jauh sekali untuk mengumpul angka2 mereka yang masih ingat dan ambil berat akan saya.

insyaAllah,sama saja dengan post2 yang sebelumnya~ saya cuma harapkan ia turut mem’basah’kan hati siapa2 pun, sebagaimana ia sedikit sebanyak mengurangkan kekontangan jiwa saya.

memang boleh saja jikalau rintihan ini saya mainkan dalam hati dan ketika berdoa saja..tapi, buat yang bernama -saya-, kadang2, tulisan2 luahan sebegini memberi impak yang lebih produktif.dan mungkin, ramai lagi yang serupa saya~ siapa tahu?

waAllahu ‘alam


ya! inilah pilihan saya!!

saya selalu rimas dengan pengulangan.

saya rimas bila berulangnya kesalahan lama yang sama dan sebijik itu.saya rimas bila berulangkali terlupa perkara yang sering perlu diingatkan semula itu.saya rimas dengan pengulangan persoalan2 sama yang membawa pertikaian itu..yang jawapannya ada,tapi ramai yang di’buta’kan darinya itu.

dan akhir sekali,saya rimas bila saya rimas.

.

persoalannya sama. diulang dengan hujah yang sama. membantai dengan panahan yang sama. jawapan dan balasan yang diterima, memang sudah al maklum akan sama. kesan yang muncul nanti akhirnya, adalah kerana kelainan dan persamaan yang sama.

.

ayat2 terbelit2 ini kesimpulan awal saya berkenaan suasana sekeliling. suasana ini tidaklah terlalu membelit saya, tapi ia sedikit sebanyak merimaskan juga. saya masih lagi boleh berlari, tapi ada kalanya ia membuatkan saya memperlahankan langkah sebentar dan berfikir. berfikir, bukan menghentikan langkahan saya~jauh sekali membawa saya pada jalan ‘U-turn’ itu, bahkan supaya saya boleh berlari dengan daya pecutan yang lebih selepasnya.

.

ya! saya sudahpun punya pilihan. pilihan ini ; anda tiada hak untuk meremeh,mempertikai dan mempersoalkannya, jauh sekali mengejek dan memburukkannya.anda hanya punya kuasa untuk bermain dengan fikiran sendiri jauh2, dan paling kurang pun~menghormati pilihan saya.

inilah medan pertempuran pilihan saya~medan yang telah saya letakkan wala’ untuk menyusun sumbangan tenaga saya ke arah matlamat yang dituju.

saya mahu bertempur. ini jalan pilihan saya untuk bergerak.yang perlu anda bimbangkan bukanlah saya~silakan bermula untuk kerap bertanya pada diri sendiri~otot anda yang mana satukah yang telahpun aktif digerakkan?

dan

sila jangan kacau tahap kerimasan saya lagi.

.

p/s: bagi pihak post ini, saya minta maaf atas 3 perkara;

satu.bahasanya, yang sesetengah mungkin akan menganggap ia bersifat provokasi, atau apa2 sifat negatif lain yang anda sangkakan..

dua.bahasanya, yang mungkin x dapat difahami dan dilihat dengan mata kasar oleh sesetengah anda..

tiga.bahasanya juga, yang mungkin tersalah dan tersilap tempat..

p/s: bagi yang merasakan perlunya pertukaran idea 2 hala di sini~ ruangan comment saya sentiasa mengalu2kan anda..

(ini mode skemarimas..hihi~)